suria

Isteri rempuh suami, kekasih bebas tuduhan... Juri terima hujah ‘terlewat tekan brek’

Kejadian rempuhan yang dirakam kamera pengawasan. Gambar kecil: Kennedy.

ISTERI mana yang tidak berang apabila melihat suaminya bermadu kasih dengan wanita lain.

Begitulah yang dialami Christie-Lee Kennedy selepas jejak yang dilakukan menggunakan telefon menemukan suaminya David Larkin bersama kekasih, Zowie Noring di hadapan sebuah kereta di Jalan Bagot di pinggir bandar Brisbane, Queensland, Australia.

Susulan daripada itu, dia yang memandu SUV BMW berwarna putih dikatakan tidak sempat menekan pedal brek sehingga merempuh kedua-dua pasangan terbabit.

Akibat pelanggaran, suaminya dan wanita terlibat terbaring di tanah kerana mengalami kecederaan di bahagian kaki.

Pun begitu Noring berjaya bergerak ke keretanya dan memandu pergi meninggalkan Larkin.

Selepas dua tahun tragedi itu berlaku, Kennedy menegaskan bahawa dia tidak berniat untuk menyerang pasangan itu pada Mac 2021 dan hanya terlewat menekan brek, semasa perbicaraan dijalankan baru-baru ini.

Juri kemudiannya menerima hujah ini dan Kennedy didapati tidak bersalah atas dua pertuduhan 'perbuatan jahat dengan niat untuk melumpuhkan'. - 9 news.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

suami curang, skandal, rempuh suami,

Artikel Lain