suria

Pengantin lelaki beri tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin kepada isteri

Tangkap layar majlis perkahwinan sepasang pengantin di Indonesia, yang viral baru-baru ini.

DI tengah-tengah kehangatan isu membabitkan tiket konsert band Coldplay, satu majlis perkahwinan menjadi viral di media sosial kerana pengantin lelaki memberikan isterinya tiket konsert band rock alternatif popular British itu sebagai mas kahwin.

Video ketika upacara akd nikah pasangan berkenaan menjadi viral selepas dimuat naik oleh akaun Twitter @fhfndtaaa.

Jelas kedengaran bait-bait yang dilafazkan bapa pengantin perempuan saat menggengam tangan pengantin lelaki.

"Saya nikahkan dan saya kahwinkan anak kandung saya Anastasya Ayu Widiadana dengan kamu dengan mas kahwin 21 gram logam mulia (emas), satu set persalinan solat dan tiket Coldplay yang dibayar tunai," lafaz bapa pengantin perempuan.

"Saya terima nikah Anastasya Ayu Widiadana binti Ahmad dengan mas kahwin tersebut secara tunai," lafaz pengantin lelaki pula.

Bagaimanapun pemilik akaun tidak menyatakan lokasi majlis perkahwinan tersebut.

Seperti yang diketahui, Coldplay akan mengadakan konsert siri jelajah Music of The Sphere World Tour (MOTSWT) di Stadium Utama Gelora Bung Karno (GBK) Jakarta pada 15 November 2023. - Tribunnews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain