suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami kaut untung, jual video lucah isteri di laman sosial

Pasangan suami isteri ditahan, hasilkan video lucah di kebun teh Ciwidey.

DEMI mengaut keuntungan seorang lelaki tergamak menjual video lucah isterinya di media sosial.

Video menunjukkan kemaluan yang dirakam di kebun teh Ciwidey, Bandung Indonesia itu dijual dengan harga sekitar RM91 (300,000 rupiah) tanpa pengetahuan isterinya.

Malah sejak jualan dilakukan, dia berjaya mengaut keuntungan hampir RM1,527 (5 juta rupiah).

Pun begitu, video tersebut menjadi tular awal Mei lalu selepas seorang remaja kembali menjual video bogel terbabit.

Menurut pegawai polis, video yang dirakam itu pada asalnya bertujuan untuk kegunaan peribadi.

Namun selepas beberapa bulan tidak mempunyai sumber pendapatan, lelaki terbabit bertindak menjual video berkenaan.

"Dia membuat akaun media sosial bagi menjual video isterinya itu. Malah ia dilakukan tanpa pengetahuan isteri.

"Dalam tempoh tiga bulan menjual video isterinya menunjukkan kemaluan, dia berupaya mengutip hampir 5 juta rupiah.

"Isterinya hanya mendapat tahu tentang penjualan video selepas ia menjadi tular di media sosial apabila seorang remaja kembali menjualnya sejak September tahun lalu," ujarnya.

Tambahnya, susulan daripada itu, remaja terlibat diserahkan di pusat perlindungan Bandung manakala pasangan suami isteri ditahan untuk siasatan lanjut. - Okezone

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain