suria

Sedang asyik menyanyi lagu dangdut, ketua kampung temui ajal atas pentas

Ketua Kampung Ambulu, Mulyano rebah di atas pentas ketika menyanyi bersama seorang wanita.

SEORANG ketua kampung di Jember, Jawa Timur, Indonesia menemui ajal ketika sedang menari dangdut di atas pentas dalam satu acara di kampungnya.

Dalam klip video yang tular di media sosial, kelihatan lelaki berkenaan yang berbaju batik sedang menari dan menyanyi bersama penyanyi wanita bergaun merah dalam kejadian pada malam kelmarin.

Namun secara tiba-tiba, dia rebah menyebabkan beberapa orang kampung segera naik ke pentas untuk membantu.

Lelaki bernama Mulyano yang merupakan Ketua Kampung Ambulu itu segera dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Ambulu, Asisten Komisioner Polis Suhartanto berkata, mangsa meninggal dunia kerana terlalu letih selepas menjalani aktiviti padat sepanjang hari.

Menurutnya, Mulyono yang berusia 50an menghadiri majlis bersama polis pagi kelmarin sebelum pergi ke rumah saudaranya di Banyuwangi pada waktu tengah hari.

Pada waktu malam, lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu memenuhi undangan acara dangdut yang diadakan penduduk setempat. - Liputan6

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube