suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cahaya terang muncul di langit malam, ramai buat spekulasi cari penjelasan

Cahaya terang muncul di langit malam tanpa sebab. Foto: NDTV

KILAT di langit ibu negara Ukraine semalam mendatangkan kekeliruan dan kebimbangan apabila pihak berkuasa memaklumkan ia disebabkan satelit NASA memasuki semula atmosfera.

Namun agensi angkasa Amerika Syarikat (AS) itu menafikannya.

'Cahaya terang' kelihatan di ruang udara Kyiv sekitar 10 malam waktu tempatan, kata Ketua Pentadbiran Ketenteraan Kyiv, Sergiy Popko di Telegram.

Susulan itu amaran serbuan diaktifkan tetapi "pertahanan udara tidak beroperasi" dalam negara terkepung itu yang berjuang melawan pencerobohan Rusia.

"Menurut maklumat awal, fenomena ini hasil daripada satelit angkasa NASA yang jatuh ke bumi," kata Popko.

Bagaimanapun jurucakap NASA menafikan dan memberitahu AFP yang satelit berkenaan "masih berada di orbit". - NDTV

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain