suria

Terkejut tengok objek asing dalam sardin, rupanya pelanggan nyaris termakan mata kail

Seorang pelanggan menunjukkan mata kail yang berada dalam tin berisi sardin.

SEORANG pelanggan di Bangkok, Thailand nyaris termakan mata kail yang ditemui dalam tin ikan sardin jenama paling digemari ramai di negara tersebut.

Menerusi sebuah laman Facebook yang melindungi pelanggan dikenali sebagai 'Phuboripok', dia menyiarkan gambar yang mengejutkan ramai warganet dengan ciapan bertulis seperti berikut.

"Seorang pengguna yang hendak makan ikan dalam tin telah menemui objek asing seperti mata kail. Dia (pelanggan) menulis pesanan ringkas dengan menyebut tidak akan memaafkan kawalan kualiti (QC) 100 peratus.

"Sebagai tindak balas, pelanggan itu menyiarkan soalan bahawa adakah pengguna lain akan makan ikan jenama sama selepas mengalami pengalaman ngeri itu," katanya.

Dalam pada itu, warganet mempersoalkan bagaimana mata kail boleh berada dalam tin tersebut sehingga boleh membahayakan pengguna lain.

Terdahulu, seorang wanita Thailand menjumpai cebisan kaki tikus terapung alam pes cili dengan jeruk ikan yang dibelinya di pasar di wilayah Prachin Buri.

Dia bagaimanapun tidak mengetahui benda asing dalam botol itu sehingga diberitahu bahawa ia sebenarnya kaki tikus. - THAIGER

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain