suria

Rider tetap senyum walau motor tiba-tiba terbakar ketika hantar bungkusan

Penghantar barang tetap senyum walaupun motosikal miliknya terbakar.

NASIB malang menimpa seorang penghantar barang apabila motosikalnya secara tiba-tiba terbakar.

Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan untuk menghantar bungkusan ke rumah pelanggan.

Insiden malang itu berlaku di Jalan Desa Sido Mukti di Padang Jaya, Bengkulu Utara di Indonesia, pada Selasa.

Kejadian itu dirakam oleh salah seorang penduduk yang kemudian memuat naik ke akaun TikTok miliknya @rizki_dok.

Menerusi video tersebut, penghantar barang, Wisnu kelihatan sedang menyelamatkan bungkusan milik pelanggan daripada dijilat api.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami jual motor nak berniaga air balang di bazar, baru mula bisnes dah sakit seminggu... isteri harap dapat balik modal sebelum raya

Video yang dikongsi oleh akaun @rizki_dok itu kemudian dikongsi semula oleh Wisnu di akaun Tiktok miliknya.

Menerusi akaunnya, penduduk daerah Giri Mulya, Bengkulu Utara itu memohon maaf kepada pelanggan kerana tidak dapat menghantar bungkusan ke destinasi.

Menurut maklumat yang tersebar, kebakaran berpunca daripada litar pintas.

Riak wajah penghantar barang tersenyum kerana berjaya menyelamatkan bungkusan milik pelanggan, menjadi perhatian netizen.

"Terima kasih bang kerana selamatkan bungkusan itu. Harap syarikat akan gantikan motor.

"Terus tabah bro, semoga Allah gantikan rezeki. Amin," demikian antara komen netizen. -Tribun Medan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain