suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bunyi kokokan ganggu kawasan kejiranan, mahkamah arah ayam dibunuh

Bunyi kokokan menjadi sebab ayam ini dibunuh. (Gambar hiasan, Freepik)

MAHKAMAH di bandar terbesar di utara Nigeria, Kano, memberi tempoh sehingga Jumaat untuk seorang lelaki membunuh ayam jantannya.

Ia berikutan aduan jiran mengenai kokokan ayam yang berterusan menyebabkan mereka tidak dapat tidur.

Majistret Halima Wali mengeluarkan perintah itu terhadap Malam Yusuf pada Selasa yang mengisytiharkan ayam mengganggu kejiranan, menurut prosiding mahkamah yang dilaporkan.

Dalam prosiding sama, Yusuf memberitahu mahkamah membeli ayam jantan terbabit bagi sambutan Good Friday sempena perayaan Kristian sebelum menyembelihnya bagi jamuan keluarga.

Hakim membenarkan permohonan itu tetapi memberi amaran supaya memastikan ia tidak berkeliaran di kawasan perumahan dan mengganggu penduduk.

Beliau turut memerintahkan menyembelih ayam jantan itu pada Jumaat, seperti dijanjikan atau berdepan hukuman daripada mahkamah.

Tidak menyalahi undang-undang menyimpan ternakan termasuk ayam dan itik di kediaman di Nigeria yang mana ia diternak untuk makanan dan sebagai aset segera dalam kecemasan kewangan. - Daily Post Nigeria

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain