SEORANG wanita berusia 30 tahun mengalami keguguran selepas dia ditembak oleh jirannya di barat laut Delhi Siraspur pada Isnin. Pada hari kejadian, pelaku yang mengadakan parti di rumahnya memasang muzik dengan kuat sehingga mengganggu ketenteraman jiran tetangga. Mangsa yang tinggal berdekatan kediaman itu pergi menegur pelaku dan memintanya memperlahankan muzik, kata polis. Pelaku yang dikenali sebagai Haris bersama rakannya Amit terus mengambil sepucuk pistol dan menembak wanita itu kerana teguran berkenaan. Menurut polis, dua pelaku telah ditangkap manakala wanita itu dirawat'di hospital dan kini berada dalam keadaan kritikal Doktor menyatakan dia mengalami luka tembak di lehernya dan mengalami keguguran. - India Today. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube