suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sentuhan orang kenamaan, gula-gula getah dikunyah Iron Man dibida hingga RM176,500

Gula-gula getah yang pernah dikunyah oleh bintang Iron Man dilelong dengan harga RM176,500.

BENARLAH pernyataan bahawa apa-apa yang disentuh oleh orang kenamaan akan terus menjadi emas.

Satu gula-gula getah yang pernah dikunyah oleh bintang Iron Man dibida hingga berharga AS$40,000 (RM176,500).

Ini selepas acara bidaan untuk 'peninggalan' Robert Downey Jr itu yang dipaparkan di laman lelongan eBay akan tamat pada minggu ini.

Penyenaraian eBay menetapkan permulan bidaan untuk gula-gula getah pada AS$40,147.47 (RM177,150.71), namun harga boleh meningkat lebih tinggi.

Seorang pengguna eBay mendakwa mendapat gula-gula getah Downey itu apabila bintang Marvel itu muncul pada majlis Hollywood Walk of Fame Jon Favreau bulan lalu.

"Semasa acara itu, Robert Downey Jr, sendiri meletakkan gula-gula getah itu pada bintang dan meninggalkannya di sana sebelum saya dapat mengambilnya.

"Saya mahu menjualnya dan ia boleh diuji untuk melihat DNAnya," kata peniaga ebay dalam keterangan produknya seperti dipetik New York Post.

Katanya, seketul gula-gula getah yang dikunyah Downey itu akan dihantar kepada individu yang bertuah dalam bekas plastik, namun ia tidak boleh memulangkan semula selepas urusan selesai.

Downey, 57, memberi penghormatan kepada pengarah Iron Man sebelum secara berseloroh menampal gula-gula getah itu pada lambang bintang di lantai acara itu, bulan lalu. - NDTV.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain