suria

Tragis... Kanak-kanak perempuan 7 tahun dibunuh bakal abang ipar gara-gara melawan ketika cuba diperkosa

Mayat mangsa ditemui di celah batuan di Pantai Malalayang. Foto: Tribunnews

MAYAT seorang kanak-kanak perempuan ditemui dalam keadaan tragis di celah batuan di Pantai Malalayang, Manado, Sulawesi Utara.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai RA berusia tujuh tahun, pada mulanya dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 28 Mac.

Usaha mengesan kanak-kanak malang itu oleh keluarganya tidak berhasil, sehinggalah mayatnya ditemui penduduk kampung tidak berapa lama kemudian.

Hasil siasatan polis membawa kepada penangkapan seorang pemuda berusia 20 tahun yang juga merupakan bakal abang ipar mangsa.

Ini kerana terdapat maklumat daripada penduduk kampung yang memberitahu polis bahawa mereka ternampak mangsa membonceng motosikal suspek sebelum mayatnya ditemui.

Pemuda itu pada mulanya menafikan, namun akhirnya mengaku melakukan jenayah berkenaan.

Menurut polis, suspek pada mulanya berhasrat memperkosa mangsa selepas membawanya ke pantai.

Namun mangsa melawan ketika suspek cuba membuka bajunya, menyebabkan dia dibunuh.

"Jadi motifnya adalah kerana dia ingin memenuhi keinginan seksualnya,” kata pegawai polis. - Tribunnews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain