suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sekolah pondok teruskan tradisi tarawih ‘kilat’, 20 rakaat dan 3 witir dalam masa kurang 10 minit!

Tradisi tarawih 'kilat' di Pondok Pesantren Mambaul Hikam Mantenan itu sudah wujud sejak 1907. Foto: Detik.com

SEBUAH pesantren atau sekolah pondok di Blitar, wilayah Jawa Timur masih mengekalkan tradisi mendirikan solat tarawih 'kilat' dalam masa kurang dari 10 minit untuk 20 rakaat beserta tiga rakaat witir.

Difahamkan, tradisi yang diamalkan di Pondok Pesantren Mambaul Hikam Mantenan itu sudah wujud sejak 1907.

Pengurus pondok, Dliya'uddin Azzamzami Zubaidi berkata, solat tarawih kilat itu dilaksanakan secara turun temurun bermula dari pengasasnya Kiyai Abdul Ghofur, sebelum diteruskan oleh anaknya, Kiyai Sulaiman Zuhdi dan seterusnya oleh Kiyai Zubaidi Abdul Ghofur.

Kiyai Abdul Ghofur menyedari lokasi pondok pesantrennya adalah di kawasan perumahan yang kebanyakan penduduknya bekerja sebagai petani.

Kesibukan penduduk kampung bertani dari pagi hingga lewat petang, membuatkan mereka enggan untuk bertarawih lama.

Pondok Mambaul Hikam merupakan salah satu pusat pengajian al-Quran tertua di Blitar dan kini mempunyai ribuan pelajar dari seluruh Indonesia. - Detik.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain