suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juruterbang rebah tiba-tiba, disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung beberapa jam sebelum kendali pesawat

Penerbangan British Airways ke London ditangguhkan kerana situasi tidak dijangka itu. Foto: Bloomberg

SEORANG juruterbang British Airways (BA) meninggal dunia di sebuah hotel di Kaherah, Mesir sebelum dia sepatutnya menerbangkan pesawat ke London.

Difahamkan, juruterbang yang tidak dinamakan itu mengalami serangan jantung ketika berada di bilik hotel sebelum penerbangan ke Lapangan Terbang Heathrow, London.

Juruterbang tersebut sempat keluar dari bilik hotelnya ke ruang legar, di mana rakan sekerjanya kemudian melakukan bantuan pernafasan (CPR).

Bagaimanapun cubaan tersebut gagal, dan dia meninggal dunia tidak lama kemudian.

Difahamkan juruterbang itu mengalami masalah kesihatan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Penerbangan ke London terpaksa ditangguhkan oleh syarikat penerbangan disebabkan situasi tidak dijangka itu. - Dailystar

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain