suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak perempuan Kim Jong-un dikritik jalani gaya hidup mewah ketika rakyat berdepan isu kebuluran

Kim Ju-ae jalani gaya hidup mewah ketika isu kebuluran sedang melanda Korea Utara.

ANAK perempuan kepada pemimpin diktator Korea Utara, Kim Jong-un dilaporkan menikmati kehidupan mewah walaupun kebanyakan rakyat negara berkenaan sedang kebuluran.

Gaya hidup Kim Ju-ae disifatkab sebagai sangat luar biasa jika dibandingkan dengan majoriti rakyat Korea Utara.

Kanak-kanak berusia 10 tahun itu kerap menghabiskan masa lapangnya dengan menunggang kuda, bermain ski dan berenang, menurut Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan Korea Selatan (NIS).

Ju-ae juga tidak hadir ke sekolah kerajaan sebaliknya dia menerima pendidikan di rumahnya.

Gaya hidup mewah Ju-ae mendapat kritikan hebat lebih-lebih lagi dia dijangka akan menggantikan bapanya satu hari nanti.

Korea Utara dilaporkan sedang menghadapi krisis makanan dengan ramai rakyat menghadapi kebuluran.

Situasi itu berikutan sumber makanan negara sangat terhad sejak krisi Covid-19. - Dailystar

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain