suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pencuri malang! Nasib tak baik, tersepit 5 jam pada pintu besi sebelum ditahan polis

Pencuri berkenaan terpaksa menahan kesakitan selama lima jam akibat tersepit.

BAK kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Begitulah kisah seorang pencuri ini apabila nasibnya tidak baik selepas cubaannya untuk menceroboh sebuah rumah, berakhir dengan tragedi tidak disangka.

Niat suspek yang hanya dinamakan sebagai BI dan berusia 30 tahun, dari wilayah Batubara, Sumatera Utara, yang mahu mencuri rumah jirannya tidak kesampaian apabila dia tersepit pada pintu besi dan alang kayu.

Detik pencuri itu yang cuba melepaskan diri selepas tersepit dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) di rumah mangsa.

Menerusi video tersebut juga, kelihatan dia menahan kesakitan kerana tersepit daripada bahagian pinggang hingga ke kaki.

Difahamkan, pencuri tersebut terpaksa menahan kesakitan selama lima jam sebelum disedari pemilik rumah yang kemudian menghubungi pihak polis.

Suspek yang ditahan polis dibawa ke klinik terlebih dahulu untuk menerima rawatan sebelum dia dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut. - Tribunnews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain