suria

Selera luar biasa... Wanita kahwin dengan patung, belum sampai setahun dah umum nak bercerai

Meirivona berkahwin dengan patung itu 18 Disember tahun lalu.

SETIAP individu mempunyai 'selera' yang berbeza-beza dalam mencari pasangan hidup.

Meirivona Rocha Moraes, 39, dari Brazil dianggap pelik apabila dia berkahwin dengan patung lelaki yang diperbuat daripada kain.

Terbaharu, dia berkata patung dikenali sebagai Marcelo itu berlaku curang apabila dilihat berdua-duaan dengan seorang wanita di sebuah motel semasa dia berada di hospital.

Biarpun usia perkahwinan belum cukup setahun, Meirivone berkata dia mahu bercerai dengan 'suaminya' itu.

"Kawan saya beritahu bahawa dia ternampak Marcelo masuk ke dalam motel bersama wanita lain semasa saya berada di hospital.

"Saya perlu berbincang dengan dia supaya tidak lagi curang dan jika dia mengulangi kesilapan tersebut, saya tidak akan maafkannya," katanya.

Marcelo sebelum ini dikatakan sangat setia dan seorang suami yang hebat kerana pasangan ini tidak pernah bergaduh.'

0_PAY-Our-relationship-is-hanging-on-by-a-thread-Woman-who-married-RAG-DOLL-reveals-he-CHEATED-just-a

Meirivona berkata dia tetap memaafkan suaminya yang sebelum ini didakwa curang dengan seorang wanita.

Namun, dalam perbincangan antara mereka, Marcelo dikatakan tidak menjawab pertanyaan Meirivone tentang identiti wanita yang dilihat bersamanya.

Meirivona tetap memaafkan suaminya walaupun berasa kecewa terhadap perlakuan curang itu.

"Saya memaafkan suami, keluarga yang bahagia akan sentiasa bersama.

"Ini kali pertama kami tidur berasingan sejak berkahwin, saya sangat sedih tapi pasti akan memaafkannya nanti," katanya.

Meirivona jatuh cinta dengan patung kain yang dibuat oleh ibunya dan telah melangsungkan perkahwinan pada 18 Disember tahun lalu.

Mereka juga mempunyai seorang ‘anak lelaki’ yang dinamakan Marcelinho, juga diperbuat daripada kain. - Mirror.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain