suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Influencer bahagiakan 8 isteri dengan shopping, belanja hadiah hampir RM50,000

Athur membawa enam daripada lapan isterinya pergi membeli-belah. foto CO Press Office

SEORANG lelaki mendedahkan dia membelanjakan wang sebanyak £9,000 (RM48,519) untuk isteri-isterinya sempena Hari Valentine di Brazil.

Arthur O Urso menjadi tajuk berita apabila dia berkahwin dengan sembilan wanita untuk meraikan cinta.

Dia bagaimanapun berpisah dengan salah seorang isterinya baru-baru ini, dan kini mempunyai lapan wanita istimewa dalam hidupnya.

Demi meraikan cintanya kepada mereka, Arthur memutuskan untuk membelikan isteri-isterinya hadiah untuk Hari Valentine Brazil yang berlangsung pada 12 Jun.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki kacak miliki 9 isteri, akui sukar berlaku adil bila ada yang cemburu

Influencer itu berkata: "Teman wanita abadi, yang sentiasa berhak mendapat yang terbaik."

Dia membawa enam daripada lapan isterinya, termasuk Luana Kazaki yang pertama, untuk membeli hadiah sempena majlis romantis itu.

Arthur membelanjakan kira-kira £9,000 (RM48,519) untuk hadiah buat semua isterinya dan menjelaskan bahawa dia perlu membeli hadiah yang sama.

Selain influencer, Athur juga merupakan model di Brazil. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain