suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rambut gugur, badan jadi letih... Model Playboy setuju buang implan payudara selepas alami sakit berterusan

Sarah Harris merupakan model Pyaboy yang berasal dari New Zealand.

SEORANG model Playboy berkongsi kisah hidupnya yang banyak bersulam dengan air mata selepas dia menjalani pembedahan payudara.

Menurut Sarah Harris, 29, dia pernah berasa megah dengan bentuk tubuhnya, namun kini lebih selesa selepas menjalani pembedahan membuang implan.

Imbas wanita dari New Zealand itu, dia mengambil masa lima tahun untuk menyedari hakikat bahawa implan tersebut banyak memberi keburukan buat kesihatan dirinya.

Jelas Sarah, badannya secara tiba-tiba dipenuhi ruam, malah rambutnya juga mula gugur sehingga dia mengalami keletihan kronik dan sukar untuk menjalani rutin harian dengan normal.

Ketika Sarah terus bergelut dengan masalah kesihatan, dia dirujuk kepada pakar bedah terkemuka di New Zealand dan imbasan mendapati dia mengalami keradangan teruk pada kedua-dua payudara.

Pakar perubatan itu mencadangkan dia mengeluarkan implannya untuk kembali sihat seperti biasa.

"Dia mempunyai gejala radang dan auto-imun yang berkaitan dengan implan payudaranya.

"Walaupun ia tidak pecah, nampaknya dia kini mempunyai gejala penyakit implan payudara," ujar pakar tersebut.

Sarah akhirnya bersetuju dan pembedahan selama lima jam untuk membuang implan menjadi keputusan terbaik yang pernah dibuat olehnya.

Kata Sarah, dia kini lebih sihat, malah bersyukur dengan 'peluang kedua' yang diraih selepas menjalani pembedahan tersebut. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain