suria

Bapa 2 anak berang tak boleh derma darah gara-gara soalan ‘hamil’

Sinclair enggan menjawab soalan atas fakor jantina dan usia. foto Robert Perry

SEORANG lelaki dilarang untuk menderma darah gara-gara enggan menyatakan sama ada dia pernah hamil atau tidak.

Leslie Sinclair, yang telah menderma kira-kira 125 pain selama 50 tahun, berang apabila diminta menyatakan dalam borang sekiranya dia mengandung.

Sinclair mendakwa bahawa memandangkan dia seorang lelaki berusia 60-an, soalan itu tidak terpakai kepadanya.

Namun akibat keengganan itu, dia diberitahu tidak boleh menderma darah.

Menurut Perkhidmatan Transfusi Darah Kebangsaan Scotland, semua penderma berpotensi akan ditanya sama ada mereka hamil.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sahaja menyelamatkan nyawa, ada 5 manfaat derma darah kepada penderma

Mereka mendakwa ia dilakukan untuk 'menggalakkan keterangkuman', dan kehamilan itu 'tidak sentiasa jelas secara visual'.

Bercakap kepada Daily Mail, Sinclair menyelar polisi itu sebagai tidak masuk akal dan tidak berpuas hati mengenai perkara tersebut.

Menurut bapa kepada dua anak itu, dia tidak melahirkan anak-anaknya sambil berkata: "Saya marah kerana saya telah menderma darah sejak usia 18 tahun dan melakukannya secara berkala.

"Saya sangat gembira untuk berbuat demikian tanpa sebarang masalah.

"Selalunya ada borang untuk diisi dan tidak mengapa mereka cenderung bertanya tentang status perubatan atau penyakit, dan jelas itu kerana darah perlu selamat.

"Kali ini, ada soalan yang saya tidak pernah lihat sebelum ini: 'Adakah anda hamil, atau adakah anda sudah dalam tempoh enam bulan lalu?' yang memerlukan jawapan ya atau tidak.

"Saya menunjukkan kepada staf dalah mustahil untuk saya berada dalam kedudukan itu (hamil) tetapi saya diberitahu bahawa soalan itu perlu dijawab. Jika tidak, saya tidak boleh derma darah," dakwanya. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain