suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penduduk diselubungi rasa takut saksikan fenomena luar biasa, awan berarak macam tsunami

Fenomena awan luar biasa di Cincinnati, Ohio yang dirakam baru-baru ini.

PENDUDUK di sebuah kejiranan diselubungi perasaan takut bercampur keliru apabila menyaksikan fenomena awan aneh berhampiran rumah mereka.

Menerusi rakaman yang tular di media sosial, kelihatan awan berarak menyerupai ombak tsunami, seolah-olah mahu menenggelamkan kawasan berkenaan.

Difahamkan, fenomena itu dirakam di sebuah kawasan di Cincinnati, Ohio, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Video berkenaan yang pada asalnya menjadi tular di laman Reddit, kini dikongsi di semua platform media sosial.

Kapsyen di Reddit berbunyi: "Saya menganggap bahawa ia adalah tsunami, belum pernah saya melihat awan seperti ini sebelum ini."

Di laman Twitter, video tersebut meraih lebih 804,000 jumlah tontonan.

Menurut Jabatan Meteorologi, fenomena luar biasa itu dikenali sebagai awan bergulir atau awan arcus.

Ia biasanya dikaitkan dengan kejadian ribut petir, angin kencang, hujan lebat atau hujan batu serta guruh dan kilat. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain