suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penduduk gempar temui rangka manusia di ladang tebu, pemilik kain batik jadi tanda tanya

Penyiasat menjalankan pemeriksaan di ladang tebu. foto KOMPAS.COM/DOK. POLRES KOTA MOJOKERTO

PENDUDUK sebuah kampung digemparkan dengan penemuan rangka manusia di sebuah ladang tebu.

Rangka manusia itu ditemui penduduk ketika sedang menjalankan kegiatan menebang tebu.

Dalam kejadian pada pagi Isnin, penemuan tergempar itu berlaku di Kampung Mirip di Mojokerto di Jawa Timur, Indonesia.

Rangka yang ditemui merangkumi tengkorak, tulang badan termasuk kedua-dua belah tangan dan kaki.

Tulang manusia itu ditemui tertimbus di sebalik rimbunan daun tebu.

Selain itu, turut dijumpai di lokasi kejadian adalah kain batik dan tali rafia.

ARTIKEL BERKAITAN: Rangka mayat bapa ditemui 57 tahun kemudian, hilang selepas keluar rumah beli rokok

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kota Mojokerto, AKP Rizki Santoso berkata, berdasarkan barang yang ditemui, rangka manusia itu disyaki adalah wanita.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya masih menunggu keputusan ujian makmal untuk mengesahkan jantina rangka manusia yang ditemui di ladang tebu.

Menurutnya lagi, anggotanya yang menjalankan siasatan turut menemui cebisan kain mirip pakaian wanita.

Jelasnya, mangsa dipercayai meninggal dunia sejak lebih tiga bulan berdasarkan keadaan rangka yang ditemui.

"Keadaannya masih utuh, tidak terpisah. Dianggarkan dia (meninggal dunia) lebih tiga bulan," katanya.

Rizki berkata, pihaknya juga sedang menyiasat punca kematian. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain