suria

Gempar ketulan besar dalam perut ikan, rupanya alat mainan seks

Richard menunjukkan alat mainan seks yang ditemui dalam perut ikan. foto Facebook

DUA nelayan digemparkan dengan penemuan ketulan pelik di dalam perut ikan ketika memancing.

Richard Kesar dan Jon Hoop dari Indiana, Amerika Syarikat memancing ikan sehingga menemukan alat permainan seks di dalam perut ikan yang ditangkap.

Ikan yang ditangkap di sebatang sungai di Lawrenceburg, pada mulanya dianggap telah menelan beberapa biji telur atau hidupan lebih kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibarat mimpi ngeri... wanita terpaksa dibedah, alat mainan seks tersekat dalam badan

Bagaimanapun, sebaik mereka mencucuk perut ikan yang besar itu, didapati terdapat dua dua objek keras.

mainan seks dalam ikan 2

Selain alat permainan seks, Richard turut menemui bola buih dan serpihan ikan. foto Facebook

"Kami perasan perut ikan tu besar apabila kami simpankannya di dalam bot," kata Richard kepada WTTV-TV.

"Kami memutuskan untuk memotongnya, dan menemui bola buih, cebisan ikan dan objek lain."

Tambahnya, objek lain itu merupakan alat permainan seks berbentuk kemaluan lelaki.

"Kami tidak tahu bagaimana atau mengapa ia berakhir di sungai," kata Richard. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain