suria

Penduduk Afrika Selatan terkejut lihat cahaya hijau di langit, kaitkan dengan ‘pencerobohan makhluk asing’

Cahaya hijau aneh yang dirakam di Pietermaritzburg, Afrika Selatan, Rabu lalu. Foto: Facebook

PENDUDUK di Pietermaritzburg, Afrika Selatan terkejut bercampur keliru selepas menyaksikan satu fenomena 'luar biasa' di ruang angkasa baru-baru ini.

Penampakan 'cahaya hijau yang panjang' di dada langit sekitar pukul 8 pagi, Rabu lalu, mencetuskan pelbagai teori konspirasi di media sosial.

Menurut News24, terdapat laporan mengenai objek seperti 'asteroid hijau' jatuh dari langit pada waktu berkenaan.

Ia menyaksikan pengguna media sosial membanjiri laman Facebook untuk mengesahkan penampakan tersebut.

Dalam tempoh beberapa jam, ramai warganet turut melaporkan penampakan serupa dan segelintir daripadanya membuat andaian fenomena tersebut sebagai 'pencerobohan makhluk asing'.

Cahaya hijau bersama-sama objek seperti asteroid itu berkelip di langit untuk jangka masa yang singkat.

Penampakan serupa turut disahkan oleh penduduk di Durban dan Johannesburg. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain