suria

Rusia perkenal restoran McDonald's versi baharu... Siap buat logo berbeza tapi netizen kata macam bendera Bangladesh

Logo restoran makanan segera versi baharu yang diperkenalkan di Rusiaa. Foto: Reuters.

RESTORAN makanan segera McDonald's keluar dari Rusia baru-baru ini susulan pencerobohan mereka ke atas Ukraine.

Bagaimanapun, Rusia pada minggu depan dijangka membuka semula 15 restoran makanan segera itu dalam versi baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: McDonald’s umum tutup sementara semua outlet di Rusia, orang ramai sanggup berbaris panjang dapatkan ‘menu terakhir’

Malah, mereka turut menampilkan visual burger dan dua kentang goreng dalam logo terbaharu restoran tersebut.

"Latar belakang hijau logo melambangkan kualiti produk dan perkhidmatan yang biasa digunakan oleh pengguna kami," kata jurucakap Sistema PBO, firma yang menguruskan perniagan milik McDonald's di Rusia sebelum ini.

Pengguna media sosial mengulas bahawa logo baharu itu masih kelihatan seperti "M".

Malah, ada netizen yang berkata bahawa logo itu kelihatan seperti bendera Bangladesh, yang turut mempunyai latar belakang hijau gelap dan bulatan merah dalam rona serupa dengan logo baharu itu.

Menurut akhbar Izvestia, Sistema PBO telah menyerahkan lapan nama berpotensi untuk rangkaian baharu itu kepada Rospatent, yang merupakan agensi kerajaan Rusia yang bertanggungjawab ke atas harta intelek.

McDonald's, Sistema PBO dan Rospatent bagaimanapun tidak memberi respon kepada BBC ketika diminta mengulas hal itu.

Untuk rekod, McDonald's menghentikan sementara perniagaannya di Rusia pada Mac, kurang dua minggu selepas negara itu menyerang Ukraine.

Bulan lalu, McDonald's mengumumkan akan meninggalkan Rusia kerana "krisis kemanusiaan" dan "persekitaran operasi yang tidak dapat diramalkan" yang disebabkan oleh perang.

Alexander Govor, yang mengendalikan 25 restoran McDonald's di Siberia, akan mengambil alih restoran firma itu.

Di bawah perjanjian itu, McDonald's berkata ia akan mengekalkan tanda dagangannya di Rusia.

Ia juga mempunyai pilihan untuk membeli balik restorannya dalam tempoh 15 tahun.

Sebelum mengumumkan bahawa ia akan meninggalkan Rusia, McDonald's telah beroperasi di negara itu selama lebih 30 tahun.

Gergasi makanan segera itu membuka restoran Rusia pertamanya di Moscow pada Januari 1990. - BBC.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain