suria

Itali kerah misi pencarian besar-besaran, kehilangan helikopter bawa 7 individu terus jadi misteri

Sebuah helikopter hilang di Itali sejak Khamis. Foto: Getty Images/Image Source.

SEBUAH helikopter membawa tujuh individu dikhuatiri hilang selepas ia gagal dikesan oleh radar.

Helikopter itu dikendalikan oleh seorang juruterbang warga Itali bersama enam individu lain.

Empat daripada mereka merupakan warga Turki manakala dua lagi dari Lubnan.

Mereka meninggalkan Lapangan Terbang Capannori Lucca Tassignano di Lucca pada 9.30 pagi Khamis dan sepatutnya tiba ke Treviso pada 10.30 pagi hari yang sama.

Misteri kehilangan itu turut membawa kepada pencarian besar-besaran oleh pasukan penyelamat di Itali.

Pada masa ini, pihak penyelamat telah dikerah untuk mengesan kedudukan helikopter tersebut, meliputi kawasan Tuscany dan Emilia-Romangna.

Mengikut laporan, helikopter itu disewa oleh seorang syarikat Roto Court yang terkenal dalam pembuatan produk kebersihan dan cucian rumah. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain