suria

Pemuda maut jatuh perigi sedalam 15 meter, mak ayah hanya mampu dengar jeritan anak

Pasukan mencari dan menyelamat mengeluarkan mangsa yang terjatuh ke dalam perigi. foto Humas Basarnas Bali

SEORANG lelaki berusia 21 tahun maut terjatuh ke dalam perigi sedalam 15 meter, di Jembrana di Bali, Indonesia.

Dalam kejadian di Kampung Loloan Timur, mayat mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan mencari dan menyelamat Jembrana.

Ketua agensi mencari dan menyelamat Basarnas, Gede Darmada berkata, mangsa, Muhammad Fariz terjatuh di perigi di dalam rumahnya, pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Takziah... kanak-kanak 5 tahun jatuh perigi sedalam 32 meter disahkan meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Sayu anak jatuh perigi sedalam 10 meter, terperangkap 2 hari

"Kami menerima panggilan kecemasan daripada Ketua Kampung Loloan Timur pada pukul 9.43 pagi (waktu tempatan)," katanya.

Insiden berlaku apabila mangsa yang melakukan pembersihan dengan turun menggunakan tangga sebelum menjerit meminta tolong.

Ibu bapa mangsa cuba untuk menyelamatkan anak mereka tetap tidak berhasil.

Seramai sembilan anggota pasukan mencari dan menyelamat Jembrana membantu mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas.

"Pada pukul 11.30 pagi (waktu tempatan) mangsa telah dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia," kata Gede Darmada.

Hasil pemeriksaan mendapati mangsa yang masih bujang meninggal dunia disyaki akibat sesak nafas.

Jenazah mangsa diserahkan kepada keluarga untuk pengebumian. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain