suria

Lamborghini milik ‘doktor paling seksi’ tiba-tiba lesap, wajah pencuri terbongkar dalam CCTV

Dr Mike pernah diberi jolokan 'Doktor Paling Seksi' oleh majalah People pada tahun 2015. Foto: Getty.

SEBUAH kereta Lamborghini milik doktor perubatan terkenal, Dr Mike hilang selama lima jam pada 6 Mei lalu.

Ketika kejadian, kereta mewah itu disimpan di garaj kediamannya di New York sebelum ia dibawa keluar tanpa kebenaran pada pukul 1 pagi.

Dr Mike atau nama sebenarnya Mikhail Varshavski hanya menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan oleh pengawal bangunan tempat tinggalnya.

Semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati ia dibawa keluar oleh seorang penjaga tempat letak kereta.

Polis turut mengesahkan kereta itu dinaiki di sekitar New York selama lima jam sebelum ia dikembalikan pukul 6 pagi.

Menurut jurucakap polis New York, tiada sebarang tangkapan dibuat sehingga ke hari ini.

Untuk rekod, Dr Mike yang juga bintang YouTube pernah diberi jolokan 'Doktor Paling Seksi' oleh majalah People pada tahun 2015. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain