suria

Macam ‘orang minyak’! Sudahlah panjat siling bilik persalinan wanita, lelaki bogel curi barang

Seorang lelaki berbogel selepas memecah masuk ke sebuah restoran. foto Police Handout

SEORANG lelaki bertindak memecah masuk sebuah restoran dalam keadaan berbogel.

Sebelum itu, dia memecah masuk ke sebuah kedai baju di sebuah pusat beli-belah di Brazil dalam kejadian pada 7 April lalu.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat beli-belah itu menunjukkan seorang lelaki memanjat siling kedai di bilik persalinan wanita.

ARTIKEL BERKAITAN: Gempar lelaki bogel terperangkap dalam dinding teater

Dia kemudian memecah masuk ke sebuah bar bersebelahan dan mula menanggalkan pakaiannya.

Rakaman CCTV di premis menunjukkan suspek menggeledah barang di atas meja sebelum membuka peti sejuk dan mengambil snek.

Suspek kemudian memakai semula pakaiannya dan mengambil minuman keras.

Dalam kejadian itu, dia melarikan dua telefon bimbit, sebuah komputer dan wang tunai.

Pada Selasa, polis mendedahkan rakaman CCTV berkenaan dan meminta bantuan orang awam untuk mengenal pasti suspek. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain