suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penjaga masjid buat ramai ‘cair’ kerana wajah mirip Ronaldo

Wajah Agus dikatakan mirip Ronaldo.

BINTANG bola sepak dari Portugal, Cristiano Ronaldo sememangnya digilai oleh peminat wanita bukan saja kerana skilnya di atas padang, tetapi mempunyai wajah yang tampan.

Baru-baru ini, tular di media sosial kisah seorang pemuda dari Aceh yang dikatakan mirip bintang Manchester United itu.

Pemuda bernama Agus Habibi, 22, mula mendapat perhatian warganet selepas satu klip video memaparkan dirinya sedang tersenyum dimuat naik oleh rakannya di laman TikTok @Jamanggogo.

Menerusi video berkenaan, kelihatan Agus baru sahaja memasuki masjid untuk melaungkan azan dan sempat melemparkan senyuman kepada rakannya yang sedang membuat rakaman.

Bersama-sama video itu, rakannya turut menulis kapsyen: "Kamu lihat Ronaldo di masjid untuk melaungkan azan".

Difahamkan, Agus merupakan seorang penjaga masjid di Jambi. - Medan.tribunnews

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain