suria

Imbang adik di kepala sambil panjat anak tangga dalam masa 53 saat, 2 lelaki berjaya pecah rekod dunia Guinness

Dua beradik dari Vietnam ini memecahkan rekod dunia apabila mendaki anak tangga dalam masa 53 saat.

ADA individu yang sanggup melakukan pelbagai perkara 'gila' semata-mata mahu nama mereka terpahat dalam buku Guinness World Record.

Baru-baru ini, dua beradik dari Vietnam memecahkan rekod dunia apabila seorang daripada mereka memanjat 100 anak tangga dengan mengimbangi seorang lagi di kepalanya dalam masa 53 saat!

Aksi berani itu dilakukan di luar Katedral Saint Mary di Girona, Sepanyol, pada 23 Disember.

Memandangkan katedral itu hanya mempunyai 90 anak tangga, 10 anak tangga tambahan telah disediakan untuk aksi itu.

Giang Quoc Co, 37, dan adiknya Giang Quoc Nghiep, 32, sebelum ini telah mencipta rekod di tempat yang sama pada Disember 2016 dengan mendaki 90 anak tangga dalam 52 saat.

Bagaimanapun pada tahun ini mereka mencipta rekod baharu dengan mendaki 100 anak tangga dalam 53 saat. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain