suria

Gempar anak kambing lahir berwajah manusia

Keadaan anak kambing yang dilahirkan seperti berwajah manusia. foto SWNS

SEORANG penternak di India digemparkan dengan salah seekor kambingnya melahirkan anak berwajah 'manusia'.

Keadaan luar biasa itu sekalu gus mengejutkan penduduk tempatan di kampung Gangapur di Dholai Vidhan Sabha di timur laut negeri Assam, India.

Penemuan itu dibuat selepas seekor kambing milik Shankar Das, 46, melahirkan anak.

Penduduk kampung terkejut kerana mereka mengesahkan ia kelihatan mempunyai wajah seperti bayi manusia.

Shakar berkata: "Jiran-jiran bergegas ke rumah kami. Semua orang terkejut dengan penampilannya yang menyerupai bayi manusia.

Katanya, bayi kambing selamat dilahirkan tetapi kemudian mati.

Anak kambing itu dipercayai mati akibat keadaan luar biasa yang menunjukkan ia belum membesar sepenuhnya. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain