suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki panjat pokok mahu elak disuntik vaksin Covid-19

Lelaki berkenaan memanjat pokok kerana enggan diberi suntikan vaksin Covid-19.

SEORANG lelaki pertengahan umur sanggup memanjat pokok untuk mengelak daripada diberi suntikan vaksin Covid-19 ketika petugas kesihatan melawat kampungnya di Puducherry, pada Selasa.

Video insiden kelakar itu menjadi tular di media sosial dan turut mencetuskan perdebatan mengenai keraguan vaksin yang masih berleluasa dalam kalangan masyarakat.

Dalam video tersebut, lelaki itu boleh dilihat duduk di atas pokok berhampiran rumahnya sementara petugas kesihatan memujuknya untuk turun dan mengambil suntikan.

Sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan Puducherry untuk mencapai 100 peratus populasi setempat menerima vaksin Covid-19, petugas kesihatan mengunjungi rumah ke rumah untuk memberikan suntikan.

Bagaimanapun, lelaki tersebut meluru keluar dari rumahnya dan memanjat pokok berhampiran dan dilaporkan enggan turun sehingga petugas kesihatan beredar. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain