suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gara-gara nak cegah hamil, lelaki maut selepas gam kemaluan

Seorang lelaki menggunakan gam kuat untuk menutup kemaluannya bagi mencegah kehamilan. foto Getty Images

SEORANG lelaki maut selepas menggunakan gam esktra kuat untuk 'menutup' kemaluannya bagi menggantikan kondom.

Salman Mirza, 25, menggunakan bahan pelekat itu pada kemaluannya bagi mengelakkan pasangannya hamil.

Pasangan itu mendaftar masuk di sebuah hotel di Ahmedabad, India, pada 22 Jun lalu.

Menurut polis, Salman ditemui tidak sedarkan diri keesokan hari.

Menurut laporan Times of India, seorang pegawai polis dipetik sebagai berkata, pasangan itu memutuskan untuk menggunakan gam bagi mencegah kehamilan.

Kejadian berlaku selepas mereka mengambil dadah, yang dicampur dengan bahan gam.

Salman ditemui tidak sedarkan diri di semak berdekatan sebuah pangsapuri keesokan harinya dan dibawa pulang ke rumah.

Bagaimanapun, keadaannya semakin parah dan dikejarkan ke hospital, sebelum disahkan meninggal dunia kerana organ gagal berfungsi. - Metro UK

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain