suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Didakwa rogol kanak-kanak, gamer terkenal ditahan polis

Jika didapati bersalah, dia boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun.

DISEBALIK popularitinya sebagai gamer terkenal Brazil, ada sisi gelap lelaki ini yang sedang hangat diperkatakan ramai.

Raulino de Oliveira Maciel atau lebih dikenali sebagai Raulzito ditahan pada 27 Julai lalu atas dakwaan rogol kanak-kanak.

Dia kini sedang disiasat berhubung sembilan kes kanak-kanak yang didakwa menjadi mangsa nafsunya.

Kejadian-kejadian rogol itu didakwa berlaku di Niteroi near Rio di Janeiro, selatan Brazil.

Selain itu, kejadian rogol juga dikatakan berlaku di Sao Paulo, Paraiba dan Santa Catarina.

Jika didapati bersalah, dia boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain