suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wajah mirip The Rock, pegawai polis tiba-tiba jadi popular

Foto Leftenan Eric Fields, 37, dari Alabama, Amerika Syarikat itu mula tular selepas ia dikongsi menerusi FB.

ORANG kata, dalam dunia ini ada tujuh individu yang memiliki wajah sama.

Terbaharu, seorang anggota polis tular gara-gara memiliki wajah persis ahli gusti yang juga pelakon terkenal Hollywood, Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock.

Foto Leftenan Eric Fields, 37, dari Alabama, Amerika Syarikat itu mula tular selepas ia dikongsi menerusi satu laman Facebook.

Perkongsian foto itu menyebabkan dia mula dibandingkan dengan pelakon popular yang berusia 49 tahun itu.

"Kenapa ada The Rock dalam gambar ini? Saya tertanya-tanya," tulis seorang netizen.

Difahamkan, ada orang awam turut meminta untuk bergambar dengan pegawai itu selepas dia tular dan menjadi perhatian ramai. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain