suria

Cuba 'cover line' selepas ajak dating ditolak, seorang lelaki tiba-tiba mengaku golongan kayangan!

VIDEO memalukan lelaki terbabit kini sudah ditonton lebih dua juta kali di TikTok. — AGENSI.

VIDEO seorang influencer wanita tiba-tiba tular, selepas secara tidak sengaja merakam detik dirinya cuba didekati lelaki di gimnasium yang ingin mengajaknya keluar untuk makan malam.

Sebelum itu, influencer tersebut, Avrey Ovard sedang merakamkan video dirinya sedang bersenam sebelum dihampiri lelaki tidak dikenali itu.

Rakaman itu turut menunjukkan detik memalukan lelaki itu selepas Ovard menolak pelawaannya.

Ovard, 19, memuat naik satu video di TikTok dengan keterangan ‘'LEAVE WOMEN ALONE!!!!' dan klip berkenaan sudah pun mendapat lebih dua juta tontonan.

Pada kejadian itu, Ovard sedang memanaskan badan di gymnasium sebelum didekati seorang lelaki berusia 40an itu yang bertanyakan adakah dia sedang merakam video.

ARTIKEL BERKAITAN: Pramugari kongsi cara 'upgrade' tempat duduk kapal terbang ke kelas pertama secara percuma

ARTIKEL BERKAITAN: Mujur ada pengunjung berani! Wanita nyaris maut dibaham aligator

Lima minit kemudian, lelaki berkenaan sekali lagi mendekatinya sebelum memberitahu yang dia memerlukan fisioterapi untuk memulihkan kecederaan otot koyak sambil menunjukkan ke arah buku lalinya.

Kemudiannya, lelaki itu berkata: “Bila saya boleh bawa kamu keluar. Saya mahu dapatkan nombor telefon untuk makan malam.”

“Oh maaf, saya terlalu muda untuk kamu,” kata Ovard.

Walaupun Ovard masih tidak percaya apa yang sedang berlaku, lelaki berkenaan pantas membalas yang dia seorang individu kaya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Saya terlalu kaya buatmu,” demikian respons balas lelaki itu.

Klip video berkenaan mendapat ribuan komen daripada pengguna media sosial.

“Dia mengatakan saya cukup kaya untuk menjadikan dia lebih baik dan dia tidak boleh terima hakikat apabila ajakannya ditolak.

“Hakikatnya, dia (Ovard) mungkin lebih kaya daripada lelaki itu,” antara komen yang diberikan pengguna media sosial. - Mirror

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

malu, pikat, TikTok, gymnasium

Artikel Lain