suria

Bengang dipatuk, lelaki tergamak gigit semula ular berbisa berkali-kali sampai mati

INDIA merupakan negara tertinggi di dunia dalam kes kematian akibat gigitan ular dengan purata 58,000 kes setahun. — AGENSI.

SEORANG lelaki di India dilaporkan telah menggigit seekor ular berkali-kali sehingga mati hanya semata-mata mahu membalas dendam disebabkan ular tersebut telah mematuknya terlebih dulu sebelum itu.

Kishore Badra, yang berasal dari kampung Gambharipatia di daerah Jajpur, India, sebelum itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bekerja di sawah padi apabila seekor ular tiba-tiba menggigit kakinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ular sawa gergasi sepanjang 12 kaki terlepas... pusat beli belah terpaksa ditutup

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 3 kali tedung masuk rumah, mujur lelaki ini tak pegang ular keempat di belakang wallpaper... nampak comel rupa-rupanya ada bahaya menanti

“Saya berasakan sesuatu menggigit kaki saya ketika sedang berjalan pulang ke rumah malam tadi. Saya kemudiannya menghidupkan lampu suluh dan mendapati ia adalah seekor ular jenis krait berbisa.

“Demi membalas dendam, saya mengambil ular itu menggunakan tangan lalu menggigitnya berulang kali sehingga ia mati di tempat kejadian,” katanya kepada agensi berita Press Trust of India.

Badra kemudiannya membawa bangkai ular tersebut untuk ditunjukkan kepada penduduk kampungnya dan menegaskan bahawa dirinya baik-baik sahaja. Dia yang enggan dirawat di hospital sebaliknya pergi mendapatkan rawatan tradisional.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Walaupun saya menggigit ular krait beracun, saya tidak berasakan keperitan. Saya telah berjumpa seorang bomoh tradisional yang tinggal berdekatan dengan kampung dan berjaya dirawat,” jelas Badra.

Krait merupakan ular berbisa sepanjang tiga kaki yang terdapat di selatan Asia dan Asia Tenggara. Ia dipercayai lebih aktif pada waktu malam manakala gigitan ular itu biasanya berbahaya kerana bisanya boleh membahayakan nyawa seseorang atau menjadi lumpuh anggota badan.

Menurut sebuah kajian pada tahun 2020, India merupakan negara tertinggi di dunia dalam kes kematian akibat gigitan ular dengan purata sebanyak 58,000 kes setahun. - Independent

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

ular, balas dendam, india

Artikel Lain