suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

29 terbunuh pesawat tentera Filipina terhempas

Bangkai pesawat tentera yang terhempas. foto Reuters

SEKURANG-kurangnya 29 terbunuh dalam nahas pesawat tentera di selatan Filipina, pada Ahad.

Dilaporkan sekurang-kurangnya 50 mangsa cedera dan berjaya dikeluarkan dari pesawat yang terbakar.

Pesawat pengangkut tentera itu membawa 92 orang, dengan kebanyakannya adalah anggota tentera, apabila tersasar dari landasan ketika cuba mendarat di Pulau Jolo.



Kepulan asap tebal di lokasi kejadian. foto Reuters

Mangsa yang cedera dibawa ke hospital tentera berhampiran.

Kepulan asap tebal dapat dilihat dari lokasi kejadian yang membabitkan pesawat C130 Hercules.

Pesawat itu terhempas beberapa kilometer dari bandar Jolo, ketika membawa pasukan tentera dari Cagayan de Oro, di Mindanao. - The Guardian

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain