suria

Pemain tenis wanita ditahan, didakwa sengaja ‘buat-buat’ kalah dalam perlawanan

Yana Sizikova ditahan kerana didakwa mengatur perlawanan di Perancis.

SEBUT sahaja mengenai rasuah, ia boleh berlaku di mana-mana sahaja.

Terbaharu, pemain tenis Rusia, Yana Sizikova ditahan kerana didakwa mengatur perlawanan di Perancis.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Difahamkan, dia pada Oktober lalu sengaja tidak bermain bersungguh-sungguh sehingga kalah dalam perlawanan regu bersama rakan sepasukannya, Ekaterina Alexandrova.

Pada waktu itu, mereka berdua kalah 6-1/6/1 kepada regu dari Romania, Andreea Mitu dan Patricia Maria Tig.

Menurut laporan, pemain tenis berusia 26 tahun itu ditahan di sebuah hotel pada Khamis lalu.

Untuk rekod, dia merupakan pemain tenis yang berada pada ranking 765. - Daily Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain