suria

Bintang Man City Phil Foden dinobatkan pemain muda terbaik PFA

Phil Foden menewaskan lima calon lain apabila dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik PFA. foto PA

PEMAIN Manchester City, Phil Foden dinobatkan sebagai pemain muda terbaik tahun ini oleh Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA).

Penyerang Manchester City dan England itu dicalonkan untuk kedua-dua kategori anugerah pemain terbaik dan pemain muda terbaik.

Pemain berusia 21 tahun itu menjaringkan 16 gol dalam 50 penampilan untuk Manchester City, bagi semua pertandingan musim ini ketika pasukan Pep Guardiola memenangi Liga Perdana Inggeris dan Piala Carabao, serta mara ke final Liga Juara-Juara.

"Saya amat berbesar hati. Terdapat beberapa pemain hebat pada masa lalu yang memenanginya dan saya berasa sangat bertuah dapat memenanginya kerana ramai bakat muda yang hebat tahun ini.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

"Ini merupakan detik istimewa," kata Foden menerusi video PFA.

Foden mengatasi saingan pemenang tahun lalu, Trent Alexander-Arnold selain Declan Rice, Bukayo Saka, Mason Greenwood dan Mason Mount apabila memenangi anugerah tersebut. - Mail Online

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain