suria

Henderson sedia ganti De Gea, kata Mourinho

Dean Henderson dikatakan boleh menggantikan kedudukan David de Gea di Manchester United. foto Rueters

JOSE Mourinho yakin Dean Henderson sedia menggantikan David de Gea sebagai penjaga gol utama Manchester United.

Henderson mendapat peluang untuk menunjukkan kebolehannya semasa De Gea diberi cuti sempena kelahiran anak pertamanya.

Pemain kelahiran Sepanyol itu bagaimanapun kembali ke pasukan menjelang final Liga Europa.

Dengan Ole Gunnar Solskjaer berdepan dengan keputusan mengenai pilihan pertamanya, untuk penjaga gol bagi kempen 2021-2022, Mourinho menyokong pemain muda itu untuk mengambil alih.

Bercakap kepada Times, bekas pengurus Manchester United itu berkata: "Saya fikir mereka adalah penjaga gol yang baik. Saya tidak fikir mereka penjaga gol yang fenomena atau, dalam kes Dean Henderson, belum fenomena. Apabila saya katakan belum, saya katakan ia akan menjadi.

"Saya bertemu dengannya di (Manchester) United ketika dia masih kecil dan saya selalu ingat dia meminta saya untuk pergi kepada pinjaman (pemain).

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Dia berkata 'bila saya kembali, saya kembali menjadi No.1'," katanya.

Henderson menandatangani kontrak lima tahun dengan Manchester United, pada musim panas lalu. - Mail Online

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain