suria

Pemain tengah United, Donny van de Beek tidak tersenarai dalam skuad Belanda untuk kempen Euro 2020

Van de Beek kali terakhir bermain bersama skuad Orange pada Mac lalu semasa perlawanan menentang Gibraltar.

PEMAIN tengah Manchester United, Donny van de Beek tidak tersenarai dalam skuad Belanda bagi kempen Euro 2020 kerana kecederaan.

Perkara tersebut diumumkan oleh skuad kebangsaan negara tersebut menerusi satu kenyataan.

"Van de Beek terpaksa melupakan saingan Kejohanan Eropah. Pemain tengah itu bergelut dengan kecederaan.

"Justeru itu, beliau yang kali terakhir bermain bersama Orange pada Mac semasa perlawanan Gibraltar - Belanda (0-7), tidak dapat beraksi untuk Kejuaraan Eropah.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Jurulatih kebangsaan Frank de Boer tidak akan menyenaraikan pengganti bagi Van de Beek," demikian menurut kenyataan tersebut.

Belanda akan memulakan kempen kejohanan Eropah dengan menentang Ukraine pada Ahad ini.

Mereka juga akan berdepan Austria dan Macedonia Utara dalam saingan Kumpulan C. - Metro.co.uk

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Donny van de Beek, Belanda, Euro 2020

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain