suria

Pogba mengelak ditanya tentang PSG

Pogba (tengah) bersama Coman dan Kimpembe yang bergurau dengannya mengenai Paris Saint-Germain. foto Infosport

PAUL Pogba mengelak apabila rakan skuad kebangsaan Perancis, Kingsley Coman dan Presnel Kimpembe bertanyakan tentang penyertaan dalam Paris Saint-Germain (PSG).

Kontrak pemain Manchester United itu bakal berakhir pada akhir musim depan, dan ejennya Mino Raiola kerap membincangkan mengenai kemungkinan beliau akan meninggalkan kelab itu.

Dilaporkan, Real Madrid dan Juventus merupakan dua kelab yang berminat untuk mendapatkan pemain itu.

Bagaimanapun, PSG berupaya untuk menawarkan gaji Pogba bersama fi perpindahan yang besar sekiranya mereka berminat.

Pogba sebelum ini menolak perpindahan ke kelab Perancis itu berikutan ibu bapanya merupakan penyokong kelab saingan Marseille.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagaimanapun, Coman dan Kimpembe memutuskan untuk bergurau dengannya semasa sidang media skuad Perancis.

Dalam sidang media itu, mereka mengaitkan Pogba dengan penyertaan dalam PSG.

Pemain berusia 28 tahun itu menumpukan perhatian untuk membantu Perancis memenangi Euro pada musim panas ini tetapi masa depannya di Old Trafford masih belum diputuskan. - Mail Online

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Paul Pogba, Manchester United, PSG,

Artikel Lain