suria

Sah! 4 pemain bakal tinggalkan Arsenal

David Luiz antara empat pemain yang akan meninggalkan Arsenal selepas berakhir kontrak mereka pada bulan ini. foto AFP

ARSENAL mengesahkan pemain David Luiz, Martin Odegaard, Dani Ceballos dan Mat Ryan akan meninggalkan kelab itu apabila kontrak mereka tamat pada akhir bulan ini.

Luiz memberitahu kelab mengenai keputusannya untuk meninggalkan pasukan itu pada Mei, meskipun The Gunners berminat untuk menyambung kontraknya untuk satu lagi musim.

Pemain pertahanan itu, yang berpindah dari Chelsea pada 2019 membuat 73 kemunculan untuk kelab itu tetapi direhatkan pada akhir musim 2020-21 kerana mengalami kecederaan.

Luiz sebak ketika memberikan ucapan penuh emosi kepada rakan pasukannya menjelang perlawanan terakhir musim ini.

"Jika saya telah melakukan sesuatu yang buruk bersama kalian, saya minta maaf.

"Tapi saya selalu berniat untuk memberi yang terbaik kepada kalian.

"Terima kasih banyak-banyak. Saya harap dapat berjumpa kalian tidak lagi. Saya akan bermain selama beberapa tahun lagi dan akan menjadi jurulatih tidak lagi.

"Mungkin seseorang dari sini akan menjadi pemain saya!" katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu, Odegaard dan Ceballos sebelum ini dipinjamkan selama dua tahun bersama Arsenal.

Kedua-dua pemain itu bakal kembali ke La Liga selepas ini.

Ryan yang dipinjamkan pada musim sejuk, akan kembali kepada kelab asalnya, Brighton. - Mail Online

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain