suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sah! Sergio Aguero sertai Barcelona

Sergio Aguero kini bergelar pemain Barcelona. foto Reuters

SERGIO Aguero secara rasmi diperkenalkan sebagai pemain Barcelona pada Isnin selepas keluar dari kelab Manchester City.

Ia susulan persetujuan terma untuk menyertai kelab gergasi Sepanyol itu.

Aguero merupakan ejen bebas setelah bermain menerusi permainan terakhirnya untuk Manchester City pada Sabtu malam, yang menyaksikan mereka tewas di final Liga Juara-Juara kepada Chelsea dengan 1-0.

Pemain berusia 32 tahun itu bersetuju dengan perjanjian dua tahun bersama Barcelona.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Beliau menandatangani perjanjian itu sejurus sebelum pukul 6 petang Isnin waktu tempatan.

Terdahuliu, Aguero menjalani pemeriksaan perubatan di pangkalan Ciutat Esportiva Joan Gamper.

Aguero yang kini menyertai kelab terbesar dunia itu mendakwa perpindahan beliau ke Sepanyol dari Manchester merupakan 'langkah ke hadapan'. - Mail Online

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain