suria

Laporta yakin Messi kekal di Barcelona, rundingan kontrak sedang berjalan

Kontrak Messi bersama Barcelona akan berakhir penghujung bulan ini.

PRESIDEN Barcelona, Joan Laporta yakin Lionel Messi mahu terus kekal di Camp Nou, sambil menambah perbincangan mengenai kontrak baharu bintang itu sedang berjalan.

Laporta juga berkata perbincangan bersama Messi berjalan dengan baik.

"Perbincangan dengan wakil Leo (Messi) berjalan dengan baik.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, ia berjalan dengan baik dan kami berharap mereka akan terus mencapai kemajuan.

"Kami mahu mencapai persetujuan kontrak baharu dengan Leo. Ia sedang berjalan tetapi belum berakhir," kata Laporta.

Kontrak Messi bersama Barcelona akan berakhir 30 Jun.

Laporta menegaskan Barca masih dapat memperbaharui kontrak Messi, walaupun mereka ingin membuat simpanan di tempat lain.

"Pembaharuan kontrak Messi tidak bergantung pada audit. Kami sedang berbincang dengan ejen Leo.

"Apa yang berlaku dengan Leo bukan soal wang, tetapi soal masa depan dan sukan," kata Laporta. - Outlookindia.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain