suria

Ronaldo kongsi cerita mengenai gol kegemaran, trofi terpenting dalam kariernya

Ronaldo bercerita mengenai dua detik indah sepanjang kariernya. Foto: Getty Images

CRISTIANO Ronaldo mendedahkan kepada umum mengenai 'trofi terpenting' sepanjang penglibatannya dalam dunia bola sepak sehingga kini.

Ronaldo sehingga kini memenangi 32 piala ketika menyertai Manchester United, Real Madrid dan Juventus, selain lima kali merangkul anugerah Ballon d'Or.

"Permulaan Kejuaraan Bola Sepak Eropah UEFA 2016 berjalan lancar bagi saya tetapi ketika itu saya sedih kerana cedera.

"Pada akhir perlawanan, saya menangis dengan gembira! Saya mengalami tiga jenis perasaan dan emosi dalam perlawanan itu, tetapi pada akhirnya saya tidak percaya apa yang saya rasakan!

"Ia mungkin trofi terpenting yang pernah saya menangi dalam hidup," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bintang Portugal itu turut bercakap mengenai gol kegemaran daripada 777 jaringan yang dilakukan sepanjang kariernya, iaitu ketika dia membantu kemenangan Real Madrid ke atas Juventus pada suku akhir Liga Juara-Juara 2017-2018.

"Seperti yang anda ketahui, saya telah menjaringkan 777 gol dalam karier saya.

"Saya harus mengatakan bahawa gol kegemaran saya adalah ketika menentang pasukan sekarang, Juventus, dan melepasi rakan baik saya Gianluigi Buffon!

"Bagi saya, ia adalah gol terbaik yang pernah dijaringkan dalam karier saya," katanya lagi. - Goal.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain