suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juventus mahu bawa pulang Pogba, tukar dengan Ronaldo?

Pogba dan Ronaldo dikatakan akan kembali pulang ke kelab lama masing-masing dalam satu perjanjian pertukaran.

CRISTIANO Ronaldo berkemungkinan akan kembali ke Manchester United pada musim panas ini sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran yang akan menyaksikan Paul Pogba pula menyertai Juventus, menurut laporan dari Itali.

La Gazzetta dello Sport melaporkan bahawa kedua-dua bintang itu dapat 'bersatu kembali' dengan bekas kelab mereka, walaupun Ronaldo terpaksa menurunkan gajinya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Hasrat Juventus untuk membawa pulang Pogba dihangatkan menerusi pelantikan Max Allegri sebagai pengendali pasukan itu.

Pengendali berusia 53 tahun itu kembali bersama Juventus selepas Andrea Pirlo dipecat dari Old Lady baru-baru ini.

Allegri pernah bersama Pogba sebelum pemain itu menyertai Manchester United dan kini kontraknya hanya berbaki setahun di Old Trafford. - Dailymail.co.uk

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain