suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selepas 11 hari, Hamas dan Israel setuju adakan gencatan senjata

Israel mula melancarkan serangan ke Gaza pada 10 Mei lalu. Foto: Getty Images

PEJUANG Hamas dan tentera Israel bersetuju mengadakan gencatan senjata berkuatkuasa awal pagi Jumaat, sekaligus bakal menyaksikan pertempuran yang berlangsung sejak 11 hari lalu berakhir.

Serangan dilancarkan oleh rejim Zionis pada 10 Mei lepas ketika umat Islam sedang menunaikan ibadah berpuasa di bulan Ramadan.

Ia adalah rentetan daripada tuntutan dan dakwaan Zionis Israel yang mengatakan bahawa kawasan Masjid Al-Aqsa itu adalah Temple Mount iaitu kuil suci bagi orang Yahudi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Serangan yang dimulakan Israel menimbulkan reaksi kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, sekurang-kurangnya 232 rakyat Palestin, termasuk 65 kanak-kanak terkorban.

Angka korban di Israel pula disahkan setakat ini seramai 12 orang dengan ratusan dilaporkan cedera. - Metro.co.uk

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain