suria

Malawi bakar ribuan dos vaksin AstraZeneca tamat tempoh

Tangkap layar rakaman pihak berkuasa kesihatan Malawi membakar ribuan dos vaksin AstraZeneca yang tamat tempoh. sumber BBC

PIHAK berkuasa kesihatan di Malawi membakar sebanyak 19,610 dos vaksin Covid-19, AstraZeneca yang tamat tempoh.

Pihak berkuasa itu mengatakan mereka akan meyakinkan masyarakat bahawa vaksin yang diterima mereka adalah selamat.

Malawi merupakan negara Afrika pertama yang melakukan perkara itu secara terbuka.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini menggesa negara-negara dunia untuk tidak memusnahkan dos yang tamat tempoh, namun kini mengubah pendiriannya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pengambilan vaksin Covid-19 di Malawi adalah rendah, dan petugas-petugas kesihatan berharap tindakan itu dapat meningkatkan keyakinan orang awam.

Negara yang mempunyai kira-kira 18 juta penduduk itu mencatatkan lebih 34,000 kes Covid-19 dengan 1,153 kematian.

Malawi menerima 102,000 dos vaksin AstraZeneca daripada Kesatuan Afrika pada 26 Mac lalu dan menggunakan hampir 80 peratus daripadanya.

Bagaimanapun, tarikh luput pada label adalah 13 April dan pegawai mengatakan tidak cukup masa untuk menggunakan semuanya.

Oleh itu, pegawai kesihatan terpaksa memusnahkan ribuan vaksin Covid-19 tersebut, dengan pembakaran mengambil masa 30 minit. - BBC

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain